Friday, August 29, 2008

merdeka.merdeka.merdeka!!!

salam.
what is merdeka?
bebas dari penjajahan
negara tidak terbelenggu dari mana-mana pihak
bebas dalam melakukan segalanya
bebas dalam menyuarakan sesuatu
bebas...bebas...
that word very sinonim with merdeka
what is merdeka to you guys?
bebas juga ke?
or.. u have a new phrase to impressive about merdeka.
just in Ogos or specific in 31 Ogos your remember about merdeka?
that us(include me)..yang only remember about merdeka in Ogos..
bagi mereka yang belajar sejarah akan mengingati merdeka dalam setiap pembelajaran mereka (Tu pun terpaksa kot). how about yang tak belajar sejarah?
merdeka bukanlah seperti yang kuutarakan di atas. the important thing.. what we do to kekalkan kemerdekaan kita.. apa usaha kita untuk mengekalkan merdeka yang kita kecapi. sebenarnya kita tidak sepenuhnya merdeka. kita ada perlembagaan, undang-undang dan adat yang menyekat kebebasan kita, jangan kita anggap ia menyekat.. ia membantu diri kita memerdekakan diri kita sendiri. apa yang paling penting.. Islam has guide us to be more merdeka(to merdeka in the other world-hereafter).
sesetengah kita masih terbelenggu dengan penjajah..why i say like that.. kita sudah diberi kemerdekaan oleh British kan? susah payah nenek moyang kita sedekah harta untuk beri perbelanjaan kepada tokoh merdeka untuk membuat rundingan di London. so why i say so..
kita masih terbelenggu oleh penjajah... cara pakai kita(very terdedah..setahu akulah-cara melayu sebenar pakai taklah open kan?), cara pikir kita(kita nak ikut seperti mereka-maju dalam segalanya hingga mengabaikan beberapa perkara), perjuangan wanita(setahu aku tiada bias antara man/woman), time(always nak cepat, kejar dunia(asyik kerja ja..time with family amat sikit), aku2-kau2(bila kali terakhir kita tegur jiran kita, bila kali akhir kita ikut gotong royong/kenduri)... semuanya disebabkan oleh globalisme..
there are many thing have change after merdeka. guys..
you think after 31 ogos kita sudah merdeka atau belum.. ???


tegur aku jika aku salah

Tuesday, August 26, 2008

welcome ramadhan

a few days more.. kita akan menjegah Ramadhan. thank God coz we still alive. hope He will give us a chance to live in Ramadhan. a very miss to fasting, iftar, terawih, go shopping 4 food...all of this thing only can do in Ramadhan. the important thing...we must upgrade our iman inside/outside.. akhlak must good. (no disturbing from setan).
what r u preparing 4 ramadhan guys? tell me.
4 a few days...i got a busy time.coz that..i masukkn entry rite now..have 2 work, tesis still waiting, due date 4 asigmen is running..i donno what should i start 1..
For over one billion Muslims throughout the world, Ramadhan is a special month of the year. During the month of Ramadhan, Muslims fast from dawn to sunset every day. Ramadhan was the month in which the first verses of the holy Qur'an were revealed to Prophet Mohammad (PBUH). It is a time for inner reflection, devotion to God and self-control. The sighting of the new moon at the end of Ramadhan heralds the celebration of Eid ul-Fitr.

Sunday, August 17, 2008

nisfu syaaban

a few weeks ni very busy..sampai tak sempat nak masukkan entry. tidur pun da serabut(dah kurang dari 6 jam), tesis pun tak buka lagi..& more..more other things undone.. in emergency timing pun, sempat lagi cari rezeki..tu yang all thing can't settle in time. entry ni pu xerox dari orang-harap halal
Hari Nisfu Syaaban - buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan yang pertama yang akan dicatatkan dibuku baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib...ada sesetengah buku menyatakan hari Nisfu Syaaban juga ari di mana senarai nama orang yang akan meninggal bermula dari NIsfu Syaaban ini sehingga ke Nisfu Syaaban yang akan datang (selama setahun)...

Berikut adalah antara amal ibadah di hari nIsfu Syaaban:

1. Selepas solat maghrib (15 Syaaban )
- Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, jumaat malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat
kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat
kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di
dalam iman & pohonlah segala yang baik.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban
(ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (aku tak puasa pun, coz tak sahur, dah lah dinner skipped)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof
didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun kelangit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang
meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam

Saturday, August 9, 2008

080808-birthday

alhamdulillah.. Dia masih memberiku nafas untuk merasai nikmat-Nya, nikmat umur. hari ini genap 23 tahun aku menghuni rumah-Nya, sebagai penumpang bila-bila masa aku harus keluar. tetapi aku bersyukur, Dia masih sudi menjadikan aku penumpang di rumah-Nya. aku tak sedar pun yang umurku semakin meningkat(ada apa pada usia andai ia tidak mampu menunjukkan kematangan, sekadar satu peralihan nombor yang memberi amaran tentang datangnya tua). kadang-kadang seakan terlupa tentang usia(bukan pura-pura lupa, tapi betul-betul lupa). hari ini juga hari istimewa bagi mereka yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini(diberitahukan padaku hampir 400 orang mendaftar di jabatan agama islam untuk menoktahkan zaman sendirian berhad) dan hari ini juga merupakan acara pembukaan olimpik di Beijing. nampaknya hari istimewa aku betul-betul istimewa.
dan kerana itu.. special thanks to :


1. Ya Allah, moga nikmat usia yang Kau berikan padaku adalah sebaik-baik nikmat-Mu yang dapat aku gunakan untuk mencari redha-Mu. terima kasih atas segala-Nya. jadikan aku sebagai hamba-Mu yang selalu bersyukur, moga segalanya di bawah petunjuk-Mu. biar aku manfaatkan usiaku untuk selalu dekat dengan-Mu.

2. a very(infiniti) thank to
my mother. thanks mum for your suffering to born me. mum..(rasa nak nangis pula), kesudianmu mengusungku selama 9 bulan tidak mampu kubalas, aliran air susumu to grow me up, the caring of night without sleeping, the past of day with all my behaviour, the...all(tak tertulis)...memang tak mampu aku balas. ya Allah jadikan aku anak soleh yang sentiasa berbakti kepada orang tuaku.

3.
father..your are the best men i had i the world. thanks so much dad, for cheer me up, for the concern.. for..everything...

4.for my
sis-wish u all luck..

5.for my
friend. thank for the concern, wishing(amin..ada-ada ja yang korang wish.. hem pasal jodoh tu..still in the blank...lawak...yan...next time kalau nak kenenkan..carilah yang sekufu, nanti ada pula macam ayam dengan itik(satu bumbung lain bahasa). apa pun terima kasih atas semuanya..tak putus2 dapat wish.

6.for
everyone...biar kita meningkat seiring usia untuk menambah tangga mendekat pada-Nya.

what happen in my birthday???

a very an unexpected..dalam menunggu 12 midnight, aku tengah berada di klcc tengah nonton wayang 'the mummy'(ada ke watak jet li jadi jahat--tak patut betul). habis menonton wayang, nak balik rumah..sesat cari pintu keluar..tak jumpa..semua dah tutup..apa taknya, tak ada orang lagi yang merayau selain pekerjanya. betul-betul jadi kutu malam. pukul 2 baru sampai rumah. aku rasa pakcik taxi tu pun dah pandang serong kat kami(me&mar), yer la mana ada perempuan baik, pakai tudung keluar malam (tengok wayang midnight), hanya berdua pula tu. ni pecah rekod sendiri ni..(jangan tiru..banyak lagi benda baik yang korang boleh tiru)

pagi hari aku begitu bersemangat untuk mencari bahan tesisku, siap dihantar lagi ke arkib(thanks kak ain). aku menjadi orang kedua terawal masuk ke arkib dan bermulalah perkampunganku...hingga pukul 4.30p.m. tapi hari istimewa tidak semestinya indah.. tak tahu kenapa taxi & bas tidak ada. penantian yang amat membosankan, dah lah lapar(sempat breakfast je), cadangan untuk melencong disebabkan hari masih awal terbatal dengan sendirinya. maka jadilah kami si pungguk yang tunggu kereta pelanduk santa untuk dibawa ke pudu..siap berkelah di tepi jalan. ada taxi, tapi jam yang teruk memaksa pakcik taxi menurunkan kami jauh dari destinasi..terpaksa menapak beberapa kilometer..nampaknya selepas ini aku kena memanjakan kakiku atas sumbangannya pada hari ini. dan akhirnya.. home sweet home at 10.30pm.

Tuesday, August 5, 2008

Rejab berlalu, sya'ban menyapa

rejab da berlalu. dan sya'ban menyapa kita. alhamdulillah, Dia masih sudi memberi nyawa untuk merasai sya'ban. terima kasih Ya Allah atas nikmat usia yang Kau kurniakan.

ni aku ambil kat Utusan. marilah kita bersama mencari redha-Nya.

Menyentuh tentang kelebihan bulan Syaaban terdapat beberapa hadis sahih yang menjelaskan tentangnya.

Antaranya: Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berpuasa hingga kami menganggap ia tidak berbuka, dan ia berbuka sehingga kami menganggap ia tidak berpuasa dan aku tidak pernah melihat baginda menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada bulan Ramadan dan aku juga tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan puasa melainkan pada bulan Syaaban. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Aisyah r.a. juga berkata: Sesungguhnya ia (Nabi Muhammad) berpuasa pada bulan Syaaban keseluruhannya dan baginda bersabda: Laksanakanlah amalan sedaya yang kamu mampu, sesungguhnya Allah SWT tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Dan sebaik-baik solat (sunat) pada sisi Rasulullah SAW ialah yang berterusan meskipun sedikit, kerana baginda apabila solat (sunat) baginda akan sentiasa terus melakukannya. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Abu Salamah r.a. pula berkata: Aku pernah bertanya Aisyah r.a. tentang puasa Rasulullah s.a.w. lalu dijawab: Bahawa Nabi berpuasa sehingga kami berkata memang ia berpuasa dan ia berbuka sehingga kami berkata memang ia berbuka, dan aku tidak pernah melihatnya berpuasa lebih banyak daripada bulan Syaaban, ia pernah berpuasa sebulan pada bulan Syaaban dan pernah juga ia berpuasa sedikit pada bulan Syaaban. (riwayat Muslim).

Di dalam riwayat yang lain Ummu Salamah r.a berkata: Aku tidak pernah melihat baginda SAW berpuasa berturut-turut melainkan pada bulan Syaaban dan Ramadan. (riwayat Tirmidzi).

Aisyah r.a. juga meriwayatkan bahawa bulan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW berpuasa ialah bulan Syaaban kemudian disambung ke bulan Ramadan. (riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Bagi mereka yang ingin berpuasa di bulan Syaaban sebaiknya dimulakan dari awal bulan Syaaban. Ini kerana terdapat larangan berpuasa dihujung Syaaban bagi mereka yang tidak pernah berpuasa di awalnya.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila sudah tinggal separuh dari bulan Syaaban maka janganlah kamu berpuasa.

Berdasarkan hadis ini para ulama menyatakan adalah ditegah jika seseorang berpuasa di hujung Syaaban kerana ingin menyambungnya terus dengan puasa di bulan Ramadan.

Berkenaan dengan hikmah atau rahsia menunaikan ibadah di bulan Syaaban, terdapat hadis-hadis sahih yang menceritakannya. Antaranya:

Usamah bin Zaid berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sebulan seperti mana kamu berpuasa pada bulan Syaaban. Jawab Nabi SAW: Itulah bulan di mana manusia mengabaikannya iaitu bulan antara Rejab dan Ramadan (Syaaban). Ia adalah bulan di mana segala amalan akan diangkat kepada Tuhan sekelian alam dan aku suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa. (riwayat Nasai dan Ahmad)

Abu Musa al-Asyaari pula menceritakan bahawa Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah melihat (amalan hamba-hamba-Nya) pada malam Nisfu Syaaban lalu diampunkan dosa semua makhluk-Nya (hamba-Nya) kecuali syirik dan orang yang memutuskan silaturahim (tidak bertegur dengan saudaranya). (riwayat Ibnu Majah)

Abdullah bin Amru juga pernah meriwayat bahawa Rasulullah bersabda: Allah melihat kepada makhluknya pada malam Nisfu Syaaban lalu diampunkan hambanya kecuali dua iaitu orang yang memutuskan silaturahim (tidak bertegur dengan saudaranya) dan pembunuh. (riwayat Imam Ahmad)

Demikianlah beberapa hadis yang menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dan pertengahan bulan Syaaban atau Nisfu Syaaban sebagai pintu masuk kepada ketibaan bulan yang lebih istimewa iaitu Ramadan.

Pelaksanaan ibadah bulan Syaaban adalah satu kebebasan kepada umat Islam tanpa dikhususkan kepada amalan-amalan tertentu atau dengan cara yang tertentu kecuali nas yang menggalakkan berpuasa sunat.

Oleh itu, di samping ibadah puasa, bolehlah juga dilakukan amalan-amalan lain seperti bersedekah, berzikir, qiamullail dan sebagainya.

Di samping itu, elok juga di bulan Syaaban ini kita membuat persiapan menyambut ketibaan bulan yang penuh barakah iaitu Ramadan. Pada kebiasaannya umat Islam menghias rumah dan membuat persiapan awal bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri sebaliknya persiapan Ramadan tidak diambil berat. Sedangkan hari raya cuma sehari, puasa Ramadan pula sebulan lamanya.

Sebaiknya bulan Syaaban dibuat persediaan bagi menempuh Ramadan. Persiapan sama ada dari sudut ruhiah yakni dengan membiasakan diri dengan puasa dan ibadah lain di samping persiapan fizikal seperti menghias rumah, menyediakan pakaian baru dan mengadakan ruang khusus untuk beribadat di rumah.

Bulan Syaaban juga elok dijadikan saat untuk bertaubat dan memohon keampunan Allah dan berdoa agar dikurniakan sifat istiqamah serta kesihatan supaya dapat menghayati sepenuhnya bulan Ramadan yang bakal tiba.