Monday, July 28, 2008

rejab

dengan nama Allah yang maha Pengasih dan Penyayang

ekculy nothing 2 post..
jaz 2 drop about..???
merapu apa ntah.. bulan ni da rejab..then sya'ban, ramadhan..& raya..
jaz now tengok tiket raya..ada promosi airasia..but so disappointed..harga dia turun-naik2x, cam saham da.terus hilang selera nak balik..tapi berharap juga dapat tiket murah..da lama x beraya dgn family..
sblm kuterbang lebih jauh, mari bersama kita baca benda ni..(aku copy -paste-harap halal)

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.

Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.

Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.

Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).

Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.

Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.

Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”

Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.

Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.

Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.

Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

Wednesday, July 23, 2008

Kasih Seorang Wanita


Terima kasih Hawa
Kerana sudi temani Adam
Hidup ini tidak sunyi lagi

Kau sungguh tampan
Hingga membuatku tergoda
Wahai Yusuf,
Curahkan sedikit kasihmu
Agar hati Zulaikha tidak kering lagi

Kerajaanmu mewah
Agung....besar.....
Aku bangga padamu Sulaiman
Ambillah istana ini
Ambillah sekali jasad dan hati ini
Balqis rela demi kasih pada Yang Satu

Nampaknya kau tidak berubah
Aku hanya pasrah
Setiaku masih milikmu
Tidak akan hilang selagi
Asiah masih milikNya

Aku seorang wanita
Tidak punya suami
Tapi punya anak yang comel
Kasihku pada Isa tetap teguh
Seperti kuatnya hatiku melawan fitnah ini

kerana hati Mariam ada pada-Nya

Kasihmu tidak pernah hilang
Pergimu tiada pengganti Khadijah
Kau membuat hidup Muhammad sunyi
Walau bersama bidadari dunia

Aku hanya mampu pertaruhkan setia
Kasihmu membawaku bahagia wahai Ali
Kasih ayahanda membawa rahmat
Fatimah sentiasa bersyukur pada-Nya
Atas segala nikmat-Nya

Aku? cinta?
Hanya dia Yang Satu
Cukuplah Dia mencintaiku

Kasih Rabiatul Adawiyah
Tidak pernah berpenghujung pada-Nya

Dan aku
Kasihkan segalanya
Rinduku pada-Nya
Membuak rasa..
Dan itu sudah mencukupi bagiku.

bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum
AKHIRNYA
haha..akhirnya.. aku punya blog sendiri. dah lama nak buat blog sendiri, tapi hanya kini diberi peluang dan ruang untuk tangan ini mencolekkan jari di arena maya. sebelum ni hanya berpeluang menjadi silent reader di setiap blog yang dijenguk. nampaknya makin rajin la aku mengonlinekan diri di alam maya ini. rasanya tak jadi masalah sebab semester ni banyak masa free (perasan 100% free..tesis dah memanggil aku).. kalau ada masa dan peluang, insyaallah akan adalah bahan untuk di pos..